Maklumat kewangan Juventus F.C.

Juventus Football Club S.p.A.
Syarikat saham bersama
Didagangkan sebagai
DitubuhkanTurin, Itali (27 Julai 1967 (1967-07-27))
Perancang utama
Hasil
  • ▲ €348,193,885 (2014–15)
  • €315,783,101 (2013–14)[117]
  • ▲ €19,303,507 (2014–15)
  • €8,846,018 (2013–14)
  • ▲ €2,298,263 (2014–15)
  • (€6,674,430) (2013–14)
Jumlah aset
  • ▼ €474,268,339 (2014–15)
  • €495,921,231 (2013–14)
Jumlah ekuiti
  • ▲ €44,645,444 (2014–15)
  • €42,626,500 (2013–14)
PemilikKeluarga Agnelli (melalui EXOR S.p.A.) 63.77% (as Ogos 2013)
Bilangan pekerja
  • ▲ 668 (2013–14)
  • 598 (2012–13)[118]
Laman sesawangjuventus.com

Sejak 27 Jun 1967, Juventus Football Club telah menjadi sebuah syarikat saham bersama dan sejak 3 Disember 2001, kelab dari Turin ini disenaraikan dalam Borsa Italiana. Sehingga 2011, perkongsian Juventus diagihkan antara 63.77% kepada EXOR S.p.A,[119] milik keluarga Agnelli,[120][121] 7.5% kepada Pelabur Asing Arab Libya Co.[122] dan 32.5& lagi kepada pemegang asing lain. Sejak 2012, Jeep menjadi penaja baru bagi Juventus.

Bersama dengan Lazio dan Roma, Juventus termasuk dalam ketiga-tiga kelab Itali termasuk dalam Borsa Italiana (Bursa Saham Itali). Juventus juga salah satu kelab bola sepak di negara ini menjadi ahli STAR (Segment of Stocks conforming to High Requirement), salah satu segmen pasaran utama di dunia.[123] Walau bagaimanapun, akibat keputusan kewangan 2011, Juventus berpindah dari segmen STAR ke pasaran MTA.[124]

Padang latihan Juventus dimiliki oleh Campi di Vinovo S.p.A dan dikawal oleh Juventus Football Club S.p.A. sehingga 71.3%.[125] Pada 2003, kelab itu membeli tanah daripada sebuah syarikat[126] dan kemudian syarikat itu dibubarkan. Sejak itu, Juventus tidak pernah mempunyai syarikat.

Kelab ini juga salah satu ahli Persatuan Kelab Eropah (ECA), yang dibentuk selepas pembubaran G-14, sebuah kumpulan antarabangsa yang menemptkan kelab elit Eropah dan Juventus juga tergolong di dalamnya.[127]

Menurut Deloitte Football Money League, Juventus merupakan kelab kesembilan di dunia dengan anggaran pendapatan 272.4 juta euro, kelab Itali paling kaya berbanding mana-mana kelab Itali lain.[128] Kelab ini berada dalam senarai Forbes berada di kedudukan ke-9 senarai kelab bola sepak paling berharga di dunia dengan anggaran pendapatan 850 juta dolar Amerika (3.5 trilion RM), membuatkan Juventus sebagai kelab kedua terkaya di Itali. Kelab ini juga tergolong dalam senarai 50 pasukan sukan berharga pada tahun 2012.[129][130]

Pengeluar jersi dan penaja

TempohPengeluarPenaja
1979–1989KappaAriston
1989–1992UPIM
1992–1995Danone
1995–1998Sony
1998–1999D+Libertà digitale/Tele+
1999–2000CanalSatellite/D+Libertà digitale/Sony
2000–2001LottoSportal.com/Tele+
2001–2002Fastweb/Tu Mobile
2002–2003Fastweb/Tamoil
2003–2004Nike
2004–2005Sky Sport/Tamoil
2005–2007Tamoil
2007–2010Fiat Group (New Holland)
2010–2012BetClic/Balocco
2012–2015FIAT S.p.A (Jeep)
2015–Adidas

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Juventus F.C. http://www.bbc.com/sport/0/football/27463440 http://sportsillustrated.cnn.com/soccer/news/20140... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.espnfc.com/juventus/story/2858561/juven... http://www.eurosport.com/football/juventus-claim-b... http://www.exor.com/index.php?p=azionariato&s=inve... http://www.exor.com/index.php?p=profilo&s=exor&lan... http://www.exor.com/portfolio/portafoglio_investim... http://www.fifa.com/classicfootball/clubs/matchrep... http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-j...